REHLAH WALI SONGO JANUARI 2024

Mencari Keberkatan,
Bertambah Kasih

Kongsi & ajak rakan anda bersama

15
MAKAM

YANG AKAN DI ZIARAHI

YOUTUBE MAKAM SUNAN AMPEL

Raden Rahmat atau  dikenali dengan panggilan Sunan Ampel adalah seorang wali yang menyebarkan ajaran Islam di Tanah Jawa Indonesia. Ia lahir pada tahun 1401.

Banyak anak murid di bawah asuhan Sunan Ampel adalah Wali Allah. Antara kisah yang terkenal di kalangan orang ramai adalah kisah di mana Sunan Ampel berasa sedih kehilangan seorang anak muridnya iaitu Kiyai Soleh yang sangat rajin membersihkan masjid. Kemudian, dengan kebesaran Allah S.W.T, anak muridnya itu dihidupkan semula untuk membersihkan Masjid, kemudian meninggal, dan kemudian hidup semula dan ia terus berulang sehinggalah kewafatan Sunan Ampel.

YOUTUBE MAKAM SUNAN GRESIK
Syeikh Maulana Malik Ibrahim atau dikenali dengan Sunan Gresik lahir di Campa. Pada abad ke-14, beliau beserta rombongannya berhijrah ke Jawa Indonesia dan berlabuh di Gerwarasi atau Gresik. Sunan Gresik berlayar ke Jawa pada 1371 dan mendampingi Raja Majapahit Brawijaya untuk dakwah Islam.

Sunan Gresik telah membantu penduduk di sebuah kampung mengalami yang masalah air. Di mana Sunan Gresik beserta pengikutnya melakukan solat Sunat dan tidak lama kemudian hujan mulai turun. Disebabkan kejadian itu, penduduk kampung memeluk Islam.

YOUTUBE MAKAM SUNAN GIRI

Muhammad Ainul Yakin, atau lebih dikenali sebagai Sunan Giri mempunyai banyak nama, antara gelaran lain untuk beliau ialah Raden Paku. Sunan Giri lahir di Blambangan (Banyuwangi) pada tahun 1365. Beliau merupakan putra kepada Syech Maulana Ishaq dan Dewi Sekardadu (Puteri Raja Blambangan).

Sebelum kelahiran Sunan Giri, Ayahandanya Maulana Ishaq telah diusir oleh mertuanya kerana marah kepada Maulana Ishaq mengajaknya meninggalkan agamanya, dan memeluk Islam. Setelah Maulana Ishaq meninggalkan tempat tersebut, Blambangan diserang wabak, dan kelahiran Sunan Giri dianggap sebuah kutukan/ bala oleh kerajaan Blambangan.

Kerajaan Blambangan telah meletakkan Sunan Giri di dalam sebuah peti besi dan dihanyutkan ke laut. Perkara itu akhirnya telah sampai ke pengetahuan Dewi Sekardadu dan Dewi Sekardadu cuba mengejar peti besi tersebut dan menyelusuri pantai untuk mencari peti besi, dan akhirnya Dewi Sekardadu meninggal dalam pencarian Sunan Giri.

Peti Besi tersebut telah dibawa ombak dan dengan bantuan daripada Allah, peti besi tersebut memancarkan cahaya dan pelaut sebuah kapal dagang yang ingin ke Bali terlihat cahaya tersebut dan kapal tersebut menghampiri peti besi seterusnya membawa naik ke atas kapal. Mereka dapati di dalamnya ada seorang bayi lelaki yang bercahaya dan indah rupanya.

Kapal tersebut yang asalnya ingin ke Bali bertukar berpusing arah walaupun mereka berusaha, akhirnya kapal tersebut tetap berpusing arah dan akhirnya membawa mereka ke Gresik.

Di Gresik, Sunan Giri dijaga oleh seorang janda. Pada umur 11 tahun, Sunan Giri di bawa kepada Sunan Ampel untuk mendalami Ilmu agama. 

Banyak lagi kisah menarik Sunan Giri. Akan kami ceritakan di dalam buku Travel Wali Songo kami, InsyaAllah.

YOUTUBE MAKAM SUNAN DRAJAT

Raden Syarifudin, atau lebih dikenali sebagai Sunan Drajat.

Sunan Drajat ialah Putera kepada Sunan Ampel dan adik kepada Sunan Bonang. Sunan Drajat terkenal sebagai tokoh Wali Songo yang mengembangkan dakwah Islam melalui pendidikan Akhlak kepada masyarakat. Sunan Drajat terkenal dengan sifatnya yang prihatin dan peka terhadap nasib fakir miskin. Sunan Drajat mendidik masyarakat sekitar untuk prihatin terhadap nasib fakir miskin, mengutamakan kesejahteraan umat, memiliki belas ehsan, pemurah, dan bergotong royong.

Kewaliannya juga jelas terpancar dan dirakamkan oleh anak muridnya, di mana suatu hari dalam perjalanan dakwah Sunan Drajat bersama anak muridnya, Sunan Drajat dan anak muridnya kehausan. Beliau dan anak muridnya berehat dan meminta anak muridnya mencari air untuk diminum. Beberapa anak muridnya membawa Umbisi hutan yang baru dicabut. Sunan Drajat berdoa kepada Allah, dan terus air keluar deras daripada bekas cabutan Umbisi hutan tadi. Hingga ke hari ini air masih mengalir keluar daripada bekas cabutan umbisi hutan tadi.

YOUTUBE MAKAM SUNAN BONANG

Sunan Bonang, atau namanya Raden Maulana Makdum Ibrahim. Beliau lahir sekitar tahun 1465 masihi. Beliau merupakan Putera ke-4 Sunan Ampel, dan merupakan abang kepada Sunan Drajat.

Berdasarkan sebuah kisah, Sunan Bonang telah menukar pokok kabung kepada emas. Suatu hari ketika Sunan Bonang sedang berjalan di dalam hutan bersama sebuah tongkat bersalut emas, seorang lelaki bernama Raden Mas Said cuba merompak Sunang Bonang. Dengan kelembutan dan dan kasih sayang yang dipancarkan oleh Sunan Bonang, akhirnya Raden Mas Said menjadi tenang dan terdiam. Sunan Bonang terusnya bertanya adakah Raden Mas Said masih memerlukan harta benda. Kemudian, Sunan Bonang dengan tongkat di tangannya, menunjuk ke arah buah kabung di sekitar dan berkata “Lihat itu, lebih banyak emas”, dengan izin Allah S.W.T, buah kabung bertukar menjadi emas. Melihat kejadian itu,

Raden Mas Said terus memeluk Islam dan ingin berguru dengan Sunan Bonang. Sunan Bonang terus berkata, “”Sabar – sabarlah dulu anakku. Kamu membutuhkan pisau ini? Oh gampang, gampang! Nanti aku berikan. Tapi sebelumnya aku ingin bertanya siapa namamu nak? Mengapa kamu datang dan langsung bertindak kasar seperti ini? Ingatlah nak, orang tuamu itu orang yang taat”. Kelak Raden Mas Said akan menjadi salah seorang daripada Wali Songo, iaitu Sunan Kalijaga.

YOUTUBE MAKAM SUNAN MURIA

Sunan Muria, atau namanya Raden Umar Said.

Sunan Muria mempunyai sebuah tong air yang besar, dan air tersebut telah didoakan oleh beliau. Air di dalam tong tersebut dikatakan mempunyai khasiat yang tinggi dan Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T  menjadi penawar bagi bermacam-macam penyakit. Air tersebut juga dikatakan meningkatkan kecerdasan seseorang.

Untuk sampai ke makam beliau, penziarah perlu melalui laluan tangga sekitar 30 minit berjalan, atau boleh ojek/ membonceng motor bagi yang tidak berkemampuan untuk berjalan.

YOUTUBE MAKAM SUNAN KUDUS

Nama sebenar Sunan Kudus adalah Sayyid Ja’far Sodiq Azmatkhan. Beliau merupakan putera kepada Sunan Ngudung (Sayyid Utsman Haji) dan Siti Syari’ah. Beliau lahir pada 9 September 1400M atau bersamaan 808 Hijriah. Beliau merupakan anak saudara Sunan Ampel dan cucu kepada Syeikh Ibrahim Samarkandi.

Mengikut sebuah kisah, pernah suatu ketika terjadi wahak di Mekah ketika Sunan Kudus sedang melaksanakan ibadah Haji. Pemerintah arab pada ketika itu menawarkan hadiah kepada sesiapa yang berjaya menghilang wabak tersebut.

Sunan Kudus pergi menghadap pemimpin arab pada ketika itu. Pemimpin arab pada bertanya kepada Sunan Kudus apakah cara yang Sunan Kudus ingin gunakan untuk menghilangkan wabak. Maka di jawab secara ringkas oleh Sunan Kudus “Doa”. Pemimpin arab kurang mempercayai Sunan Kudus akan berhasil ini kerana sudah banyak Para Masyaikh arab yang hebat berdoa, tetapi masih wabak masih ada.

Lalu Sunan Kudus menjawab bahawa doa tidak makbul adalah disebabkan oleh kamu kerana telah menggelapkan hati para ulama’/ masyaikh yang mendoakan dengan harta. Sunan Kudus pun berdoa dan Alhamdulillah dalam tempoh yang singkat, wabak tersebut jhilang.

YOUTUBE MAKAM SUNAN KALIJAGA

Raden Said atau dikenali dengan Sunan Kalijaga.

Sunan Kalijaga berdakwah secara halus di dalam masyarakat awam jawa. Pada saat itu, masyarakat masih berpegang kepada kepercayaan lama mereka. Berbagai cara dakwah yang digunakan oleh Sunan Kalijaga untuk memenangi hati masyarakat Jawa supaya dapat menerima Islam dengan baik, antaranya melalui pertujukan kebudayaan dan kesenian seperti wayang kulit. Sunan Kalijaga menerapkan pengajaran berkaitan Islam secara halus di dalam persembahannya. Secara perlahan, masyarakat mula menerima Islam.

Berdasarkan kisahnya bersama Sunan Bonang, kerana Sunan Kalijaga ingin menjadi anak murid kepada Sunan Bonang, maka Sunan Bonang memasakkan tongkatnya di tebing sungai dan meminta Sunan Kalijaga menjaga tongkat tersebut sehingga beliau kembali. Setelah itu Sunan Bonang berjalan di atas air melintasi sungai.

Sunan Kalijaga berdoa kepada Allah supaya ditidurkan beliau, dan doa beliau dimakbulkan. Beliau tertidur menjaga tongkat tersebut selama 3 tahun, dan akhirnya Sunan Bonang kembali. Sunan Bonang membangunkan Sunan Kalijaga dengan cara melaungkan azan.

YOUTUBE MAKAM SUNAN GUNUNG JATI

Sunan Gunung Jati, atau nama sebenarnya ialah Syarif Hidayatullah. Syeikh Syarief Hidayatullah dilahirkan pada tahun 1448 Masihi. Ayahanda beliau bernama Syarif Abdullah dari Mesir merupakan keturunan yang ke 23 Rasulullah S.A.W. 

Kemasyhuran nama Sunan Gunung Jati tersebar luas sehinggakan raja di China mengundang Sunan Gunung Jati untuk menguji kehebatan beliau. Raja China menguji Sunan Gunung Jati dengan meminta meneka di antara yang mana gadis-gadis yang mengandung. Dikalangan gadis-gadis tersebut adalah puteri raja China tersebut. Puteri tersebut diletak sebuah bekas pada perut supaya nampak seperti gadis yang sedang mengandung.

Ketika saat sedang diuji, Sunan Gunung Jati menunjukkan bahawa sang puteri lah gadis yang mengandung. Lalu orang di istana ketawa kepada Sunan Gunung Jati, tetapi Sunan Gunung Jati tetap mengatakan bahawa gadis tersebutlah (iaitu puteri China) yang mengandung. Kerana semua tidak mempercayai Sunan Gunung Jati, Sunan Gunung Jati bergerak pulang ke Jawa.

Pada masa itu, puteri China tersebut pergi ke bilik untuk menanggalkan bekas yang diletak pada perut, alangkah terkejutnya bekas itu sudah tiada. Bahkan perut beliau benar-benar mengandung. Di atas izin raja China, puteri tersebut diiringi tentera laut menyusul Sunan Gunung Jati ke Jawa.

Setiba puteri di sana, puteri tersebut berjumpa Sunan Gunung Jati dan meminta maaf di atas perbuatan dia dan ayahnya menguji Sunan Gunung Jati. Akhirnya puteri tersebut menikahi Sunan Gunung Jati. Puteri tersebut terkenal dengan panggilan Nyi Ratu Rara Semanding.

PIC-MAULANA-ISHAQ

YOUTUBE MAKAM MAULANA ISHAQ

Syeikh Maulana Ishaq Lahir di Pasai Pada awal tahun 1400 an Masihi. Ayah beliau ialah Syeikh Ibrahim Asmarkandi atau panggilan di Indonesia Ibrahim Asmoroqondi. Antara adik beradik lelaki beliau ialah Sunan Ampel dan Ali Murtadho, manakala anak-anak beliau ialah Dewi Saroh (Isteri Sunan Kalijaga) dan Sunan Giri.

Sejak kecil, beliau telah dibimbing oleh ayahandanya sendiri, dan apabila beliau dewasa, beliau banyak menuntut daripada para Ulama’ terkemuka di daerah Pasai dan Malaka.

PIC-IBRAHIM-SAMARKANDI-1

YOUTUBE MAKAM SYEIKH IBRAHIM AS SAMARKANDI

Syeikh Ibrahim As Samarkandi lahir di Samarkand, Uzbekistan.

Bapa beliau ialah Sayyid Hussain Jamadil Kubra adalah salah seorang Ulama yang memiliki karomah cukup besar. dan merupakan garis keturunan yang cukup dekat dari Rasulullah SAW. Beliau lahir pada tahun 1349M di kota Samarkhand.

Akan dikemaskini

Akan dikemaskini

10 - 16 JAN 2023

YURAN PENYERTAAN ADALAH

RM2790

YURAN TERMASUK :

  • Tiket penerbangan (Pergi & Balik)
  • Bagasi 20kg
    (Bagasi Pegang 7kg x 1)
  • Makanan di dalam pesawat penerbangan
  • Hotel & Resort di Bandung (2 orang 1 bilik)
  • Makan 3 kali sehari (Breakfast, Lunch, Dinner)
  • Kenderaan (Bas)
  • Beg kasut (Untuk kegunaan di kawasan makam yang perlu tanggalkan kasut)
  • Buku Travel (Buku tentatif perjalanan dan maklumat ringkas Wali Songo)
  • Tiket masuk ke Pasar Terapung Lembang (termasuk Kota Mini & Garden Rainbow)

YURAN TIDAK TERMASUK :

  • Tidak termasuk aktiviti bebas di dalam Pasar Terapung Lembang
  •  Tidak termasuk aktiviti bebas di dalam resort Bandung (Kecuali kolam air panas, playground, dan melihat rusa sudah termasuk di dalam pakej penginapan)

TEMPAT TERHAD! DAFTAR SEGERA

SEBELUM DISEMBER 2023

EVENT

Sedang berlangsung/ akan datang

Projects
0 +
Happy Clients
0
Awards Received
0 +
Team Members
0